Welcome ladies & Gentlemen We are Ready For Take Off

As-salamu alaykum 


Selamat datang tuan2 & puan2 terima kasih kerana menggunakan penerbangan kami. Kita akan berlepas sebentar lagi. Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua,Semoga tahun ini menjadi tahun yang penuh ilmiah, barakah dan kejayaan untuk kita semua. Penerbangan ini akan mengambil masa selama 30 minit dan cuaca dijangka baik sepanjangg penerbangan.hehehehe Dah lama tak buat coretan di sini dan berharap ada lagi yang masih sudi membaca. Terima kasih diucapkan. 

Harini saya teringin nak share sesuatu which is pengalaman saya bekerja dengan beberapa syarikat penerbangan sejak saya graduate diploma pada tahun 2014. Saya tahu ramai remaja zaman kini yang berhasrat untuk bekerja dalam mana-mana syarikat penerbangan di Malaysia ni. Ye lah, it looks WOW sebab kerja berkaitan kapal terbang kan. Okay jum selami liku-liku perjalanan hidup saya yang saya nak share ni.


Uniform lama ni. Sekarang lagi cantik :)

Pada tahun 2014, right after saya graduate Diploma in Aviation Management form Aviation Management Collge (www.kolej.edu.my) Saya berjaya menjawat jawatan sebagai pramugara (saya ade cerita dalam posting yang lalu) tapi tak lama saya kerja kat situ. One day, kawan saya bagitahu ade interview dekat Firefly. Resume, sijil apa semua tak prepare sebab last minutes sangat dan i was like never mind i will go next time lah. Tapi kakak saya yang paksa suruh pergi sampai dia sanggup print kan resume n etc *gigih* Alhamdullilah rezeki saya murah setelah diterima bekerja di sebuah anak syarikat penerbangan Malaysia Airlines iaitu Firefly Airlines di Subang Airport memegang jawatan sebagai Ticketing Officer. Alhamdullilah syukur kehadrat ilahi kerana telah memudahkan jalan untuk saya mencari kerja. Company ni kecil je sebab operation dia tak busy mcm KLIA since based dekat Airport kecil dan hanya pakai kapal ATR 72 500 yang memuatkan 72 kerusi. Pengalaman manis saya dekat sini adalah dapat berjumpa dengan ramai penumpang yang datang ke kaunter ticket. Macam-macam customer kita boleh jumpa termasuklah dato, datin, tan sri, ahli politik, artis, doktor dan banyak lagi. Saya rasa itu adalah pengalaman berharga di mana saya dapat tajamkan kemahiran interpersonal dan berkomunikasi dalam dwi bahasa dan dapat berjumpa dengan seseorang yang menjadi idola rakyat Malaysia. Rakan sekerja dan bos di Subang Airport is Superb ! semua baik2 dan membantu and i really feel like family, thanks uolzz. Saya juga diajar untuk sentiasa berketrampilan kemas kerana kami adalah duta kecil syarikat dan seseorang dihadapan pertama yang akan berjumpa dengan customer.
One of My Best Friend.
 The feel when u wore the uniform is something that i cant explain, i dont know, i feel so proud ! hehehe  Pengalaman pahit pula bila dimarahi oleh customer :( Dalam dunia penerbangan, delay atau retimed itu adalah perkara biasa. Syarikat penerbangan bukan suka-suka untuk retimed atau batalkan penerbangan tanpa tujuan. Kebiasannya perkara ini berlaku disebabkan masalah teknikal atau cuaca yang tidak baik.Semua ini dilakukan untuk tujuan keselamatan penumpang, kita tidak mahu apa2 terjadi ketika pesawat sudah berlepas. Tapi ade juga yang tak faham so kami inilah yang kena marah,maki,sembur,carut dan sebagainya. Sabo je laahh. Kerja itu ibadah :)



Selepas setahun saya ambil keputusan untuk lepaskan jawatan dan joined Malaysia Airlines Berhad sebagai Global Contact Centre Offer atau dikenali call centre officer bertempat di Administrative building  A atau B saya tak ingat tapi dekat subang jugak lah huhu Here is totally different where i only entertained customer through phone and email. Mula-mula agak kekok sebab saya dah terbiasa bekerja berhadapan customer dan berjalan ke sana sini sebab busy di airport tapi tidak di department ini. Saya menggunakan pengalaman saya di Firefly dan mengambil ilmu yang baru di sini. Banyak saya belajar memandangkan company ini adalah Full service Airlines. Apa yang best saya rasa ialah kerja shif 24 jam. 7am - 3pm , 3pm - 11pm, 9pm - 6 am is somethings like that lah the shift looks like tak berapa ingat dah. Bila orang pagi2 pergi keje saya baru balik keje. Jalan tak jem langsung wei. Heaven ! Cakap pasal kerja, Call memang banyak tapi seronok sebab dapat serve customer by helping them to solve the problem pertaining ticket. Memang tak rasa waktu berjalan tau-tau dah end shift. Work culture is really good, again everyone is like family. Management yang systematic, benefit yang sangat best value for money gituu. 
Aerodarat Service Sdn Bhd CBTO department
On September, department tu kena tutup untuk mengurangkan kos operasi tak silap lah dan saya diterima bekerja / transfer kepada anak syarikat MAS iaitu Aerodarat Sdn bhd sebagai Customer Service Officer. Syarikat ini yang menguruskan perihal  ground handling untuk MAS. Saya tak bertahan lama di situ sebab faktor lokasi yang jauh di Sepang dan cost of living. So my life with MAS ends on November 2016. Seriously sedih sangat yerla sape taknak kerja dengan local proud airlines kan. takpelah takde rezeki keje lama dekat situ.




Alhamdullilah, Dec 2016, I start my journey with Malindo Airways as Cabin Crew Admin /  Training & Standard Department. It was like a dream comes thru. I worked with cabin crew department eventho i am not a cabin crew. It was my ambition since i was young. Dekat sini, berbeza dengan work experience yang yang lalu where its not related at all with customer and more on paperwork and administration.
Banyak saya belajar dekat situ  menjadi seorang yang multitasking dari operation, finance dan banyak lagi lah. Mula-mula pening jugak sebab banyak benda kena buat dalam satu masa tapi saya percaya its a learning process dan saya manage to survive almost 2 years alhamdullilah. Kawan, bos banyak membantu and we support each other. The working environment is also good setiap kali perayaan mesti ada sambutan dekat office. Thanks for making my life journey awesome guys.

Now kita cerita mengenai benefit kerja dengan syarikat penerbangan pulak. Kita ada medical & hospitalization dan yang paling best staff dapat discounted flight ticket sehingga 90% tau, ticket percuma tahunan, training dan banyak lagi. Banyak peluang bekerja dlm Airlines noways. Cuba try kalau rezeki tak kemana kan :) 

Saya rasa sampai sini je cerita saya. maaf kalau hambar. Moral of the story yang saya dapat since dari first time saya bekerja umumnya. 

1) Jangan pernah berputus asa dalam mencari pekerjaan bagi yang menganggur. Kita yang cari kerja bukan kerja yang cari kita. Sometimes, apa yang kita belajar tak sama kerja yang kita dapat. So takpe, rezeki tak pernah salah alamat. So apply je jawatan yang korang rasa korang boleh buat walaupun gaji kecil atau bukan bidang belajar yang penting kena MINAT. Kita dah USAHA cari kerja apply sana sini, DOA jangan lupa sebab yang bagi rezeki tu tuhan kita, kalau Dia kata tak dapat buat cara macam manapun  takkan dapat. TAWAKAL iaitu berserah diri pada tuhan,letakkan diri kita ni serendah hambanya dan sentiasa percaya pada-Nya

2) Jangan compared dengan orang lain. Ali umur 20 dah beli rumah dan 2 buah kereta. Itu Ali, ini diri kau. Rezeki orang lain-lain. Ade yang muda dah berkahwin, ade yang rezeki dapat jaga mak ayah sampai akhir hayat, ade yang muda gaji 5-6k sebulan tapi kerja sampai takde masa dengan family, sambut raya pun dah susah. Jangan nak bandingkan diri kau dengan dia okay. Kau mungkin tak banyak duit  tapi Allah salurkan rezeki dalam bentuk lain seperti kesihatan, iman, ade rumah duduk dengan mak ayah, masih boleh gembira, masih boleh bercakap dan bernafas dengan izinnya. So BERSYUKUR .

3) Niat itu penting. Bila dah kerja apa niat korang. Nak berjoli2 kearah maksiat ke? Nak menunjuk dekat kawan-kawan yang korang kerja bagus ke? Nak tolong Family & Mak Ayah ? Travel ? Boleh je nak niat apa-apa selagi tak melanggar syarak dan positive je la. Mama saya pernah pesan, betulkan niat.Kalau salah niat kita nescaya tak lama kita kerja dekat company tu. Trust me ! its so truee.

4) Sabar. Kalau boleh kita jangan hati tisu sangat. Kalau kena marah dengan bos, kawan, customer dah nak resign. sabar ! Tempoh 3 bulan pertama tu bagi saya lah memang tough period di mana kita sedang sesuaikan diri dengan persekitaran dan kerja. Buat silap tu normal dalam tempoh ni sebab kita sedang belajar. Trust me, lepas 3 bulan ke atas kalau kau survive kau orang yang hebat dan time ni lah kawan sekerja akan sorang demi sorang akan rapat dengan kau. Rezeki tak datang bergolek yer. Kau kena hadapi dugaan hujan  panas petir dulu baru dapat pelangi :)

5) Jangan boros. Biasalah remaja sekarang ni. Tambah pulak baru habis universiti dapat 1st job. Bila dapat gaji tak ingat dunia wei yerla gaji tu hasil kerja kau sendiri kan. Beringat-ingat, jangan boros yer. Tak salah nak pegi travel, tengok wayang, minum starbucks tapi asingkan duit peribadi, simpanan dan kegunaan. Kena ade kesedaran untuk financial plan untuk masa kecemasan nanti. Jangan lupa bagi Mak ayah duit setiap bulan eventho sikit. Biar sikit yang penting berkat. Insha Allah :) Nanti da naik gaji bagi lebih sikit yer .

6) Percaya pada rancangan Allah. Sesuatu berlaku ade hikmahnya. Kita nak jadi A tapi Allah bagi B. Ade sebabnya yang mungkin kau tahu atau tak perasan. Positive je okay. Allah maha melihat, mendengar dan mengetahui segalanya. Buat apa nak sedih atau down sebab Allah ada plan yang lebih baik untuk kau. Chill je :)

7) Solat dan Doa. Cukup Solat inshallah mudah hidup kita. Allah dengar rayuan hambanya. Tapi perasan tak? Bila kita susah, sedih baru nak angkat tangan mengadu pada-Nya. Allahu. Lepas solat amalkan berdoa. Tak pandai arab bahasa masing2 pun boleh. Jaga adap berdoa, zikir dulu puji pujian keatasnya, ayatul kursi dan berdoa. 

8) Jaga Diri. Kat luar tu banyak godaan weh. Kalau kau tak kuat kau hanyut. Kalau salah pilih kawan kau leka. Berbalik pada diri sendiri, niat kita apa ? Kita keluar rumah bawa nama mak ayah, takpe kita memang bukan orang baik tapi bila ingat keluarga ingat agama inshallah diri kita terjaga. Taknak malukan makayah dan agama. 

Bukan senang nak jadi senang. Kena ade effort untuk capai impian kita.Kalau tak capai lagi mungkin effort kau kurang lagi. teruskan ushaha. Kalau kau duduk je tuggu rezeki jatuh dari langit sampai kesudah tak dapat. Rasanya itu je kot yang saya nak share buat masa ni. Maaf kalau ayat saya tunggang langgang sebab saya bukan fulltime blogger huhuhu. Ade masa terluang je update cerita hehe. I wish u all best of luck for seeking a job okay. Akhir kata balance kan dunia dan akhirat. 

Tuan-tuan dan Puan-puan terima kasih bersama saya sepanjang penerbangan di blog ini. Sehingga kita berjumpa lagi.









Comments

  1. Berapa had umur utk join any airlines company? Macam mana nak tau ada job vacancy dlm bidang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normally they all ambil after SPM 18 tahun tapi depends pada jawatan apa yg u nak apply tu. Kena rajin check dekat website airlines company bahagian career. Btw best of luck yer.

      Delete
  2. Subhanallah, terima kasih atas nasihat nya Faeezy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye cik nunu. Saya hanya share pengalaman saya yg x seberapa tu je. Hehe

      Delete
  3. Kalau pergi iv dalam bidang airlines ticketing , mmg kena speaking ke atau guna bahasa melayu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly memang mereka dahulukan bahasa inggeris semasa temuduga dan sebagai staff ticketing perlu tahu basic berbahasa inggeris sebab perlu berkomunikasi dengan penumpang yang bukan sahaja orang malaysia malah orang luar negara.

      Delete
    2. Thanks for sharing😊To be honest, i terus rasa bersemangat & rasa sebak tiba2 bila baca. Idk why😥 I terus highlight part "betulkan niat" tu. Actually, I baru dpt offer Aerodarat officer. Maybe December baru lapor diri, hopefully, i boleh jadi mcm u which is strong mental & physical. Wish me luck😐

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Shift VS Office Hours

Kisah ku bergelar PRAMUGARA