Posts

Showing posts from October, 2023

Maaf penerbangan anda dibatalkan !

"Maaf penerbangan anda dibatalkan. Kami akan update dalam waktu terdekat. Kami memohon maaf dari pihak syarikat". Tanggal 12 Oktober 2023 yang menjadi trauma buat penumpang, pekerja syarikat, pihak berkuasa dan banyak lagi.  Bermulalah episod lebih seribu pekerja menganggur dan perlu kembali mencari kerja. Masih berkerja atau sudah diberhentikan, kami pun tak pasti. Setiap hari berteka teki. Setiap hari mendambakan berita gembira dan terus menunggu sehingga ke hari ini.  Ini lah apa yang aku dan rakan-rakan seangkatan alami ketika ini. Semua terduduk, kami ingatkan zaman covid sudah berakhir maka industri ini kembali kuat semula, selamat dan stabil untuk mencari rezeki. Telahan aku meleset dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini. Sesungguhnya Allah sebaik perancang, DIA lebih mengetahui apa yang terbaik. Minggu awal selepas kejadian aku masih husnuzon mungkin ada sinar untuk kami. Masuk minggu kedua dan seterusnya, mental aku down. Aku serabut memikirkan apa yang akan terj