Posts

Showing posts from January, 2021

KERANA CORONO AKU DAN SEMUA HILANG KERJA

Image
 Assalamualikum wbt.  Dah lama sangat aku tak menulis coretan di blog ni. Maaf kerana banyak urusan yang nak diselesaikan seiring dengan cabaran tahun 2020 yang sangat tragis dan meninggalkan kesan mendalam kepada kita semua. Coretan kali ini aku nak cerita pengalaman aku berhadapan dengan dugaan dan cabaran sepanjang 2020 atau lebih tepat lagi sesuatu yang terjadi pada aku sepanjang tahun lepas. Banyak menangis dari ketawa kot aku rasa. January 2020 :- Malam tahun baru lagi aku dah plan aktiviti dengan kawan rapat nak check-in hotel kat KL sebab nak tengok view bunga api dari bilik hotel. Alhamdullilah Allah permudahkan, urusan kami semua berjalan dengan lancar. Dalam masa yang sama fikiran aku ligat menyusun idea dan plan aktiviti dan juga azam untuk sepanjang tahun 2020.  March 2020 :- Aku dengan geng office buat short trip ke genting highland, kami check-in di Hotel First World . Last minutes book hotel tapi Allah permudahkan jugak dapat upgrade bilik besar sikit so selesalah untuk