Kerja Shift VS Office Hours

As-salamu alaykum . . .

Hi all. How are you? I hope everyone is good. Harini aku nak share sikit pasal permasalahan bukan aku je yang pernah hadapi dilema ni tapi aku percaya korang jugak pernah pecah kepala nak decide mana satu nak pilih kan?



Okay untuk cerita aku, i am a job hunter last few years back. Banyak position aku apply in all vacancy platform, hari-hari apply eventho jawatan yang takde kena mengena dengan pengalaman pun aku apply,ye lah zaman sekarang ni tak boleh memilih kerja sangat kan. Redo je la. 

Satu hari tu aku dapat call dari Company A untuk datang interview juga Company B call suruh datang interview pada hari yang sama. So aku layankan je lah, tak berharap sangat sebab tak nak kecewa. The interview session went well. After few days i got a call from both company and the result is YES ! Ahhh sudah aku pening. Nak pilih mana satu ni ! 

So lets come out with the Pro and cons kerja shift and normal hours.

Kebaikan Kerja Shift :
  1. Tak hadap jammed kalau yang drive.
  2. Boleh Settle kan bayar bill,ptptn and etc tanpa menggunakan cuti anda. Sebab offday normally on weekdays.
  3. Banyak masa berehat. 
  4. Belajar susah nak cari duit hehehe Normally kerja shift ni gaji dia lebih sikit sebab ade shift allowance. 
  5. Save duit sebab tak jimba dengan kawan-kawan kau. So senang cakap keje shift untuk sape yang nak cari duit banyak2. Public holiday keje so triple pay beb !

Keburukan Kerja Shift :
  1. Kesihatan terganggu sebab pola waktu tidur tak menentu.
  2. Kegemukan sebab makan tengah malam.
  3. Tak dapat join kawan/family pergi kenduri/event hujung minggu. Especially on festive day. Sedih tak dapat makan ketupat dengan family warghh....
Kebaikan Kerja Office hours :
  1. Fixed time. Cth : 9am-6pm
  2. Boleh buat planning hujung minggu sebab tak ganggu waktu kerja.
  3. Tidur lebih kualiti. Routine yang sama. 
  4. Boleh pergi kenduri kawin, hangout dengan kawan-kawan.
  5. Dapat cuti public holiday. 
  6. Sebulan offday sabtu ahad so 8 hari kau cuti. gile ! itu belum kau apply Annual leave lagi. fuhh tambah pulak ade public holiday. Honeymoon betul eh ?
Keburukan Kerja Office Hours :
  1. Traffic jammed.
  2. Do the same things and one day kau akan rasa boring.
  3. Tak thrill lah geng routine sama jerr.
  4. Jarang ade Overtime.
  5. Bila selalu cuti, duit pun selalu lah keluar.
  6. Nak berurusan dengan bank & etc kena ambik cuti dulu.
So kesimpulan dekat sini, masing-masing ade kebaikan dan keburukan. Aku pun pernah merasai kerja dalam dua waktu ni dan yang kat atas tu based on my experience lah.Semua balik pada diri sendiri. Tak salah untuk bekerja dalam dua waktu ni.Kita kena pandai untuk urus diri sendiri tak ada alasan okay. Kerja juga ibadah. Tak salah jugak kita nak try selagi kita masih muda dan selagi mampu. Bila kita dah merasai dan dapat apa yang kita nak, tibalah masanya untuk kita settle down and focus on what we want to survive our self in future. Akhir kata. 

Think wisely. Pro and cons aku mungkin berlainan dengan korang.Cuba listdown so that you can see a clear picture. Banyak faktor yang kita boleh tengok such as work location, parking, expenses, public transport, company benefit, gaji, medical dan banyak lagi. Tanya pendapat parents,kawan-kawan yang dah ade dalam industry pekerjaan dan akhir sekali solat istiqarah. kbai !

Comments

  1. Syif lebih banyak manfaat. Tapi bergantung kepada jenis syif lah. Macam aku....syif kerja 2 hari kerja dan diikuti 2 hari cuti. Kan best tu. Syif hari pertama 7am to 7pm.....then 2nd day from 7pm to 7am next day...then you got rest for 3rd dah and off day for 4th day. Then start lagi syif pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes . Depend jugak jenis shift. Mcm shift kau aku rasa padu. Pulun keje 2 hari then cuti 2 hari. Boleh rehat cukup2 tu

      Delete
  2. Replies
    1. Aku skrg kerja shift. Tp badan x berapa nak tahan. Taktau la macam mana

      Delete
    2. Aku rasa shift atau tak tak penting. Yang penting kerja yg kita pilih tu okay ke tak untuk long term. Ada harapan tak utk naik pangkat. Work life balance. Kesihatan in future. Hanyalah pendapat aku je

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah ku bergelar PRAMUGARA

Welcome ladies & Gentlemen We are Ready For Take Off