Tips Temuduga / interview di Syarikat Penerbangan
Hi semua Selamat Hari Raya 2022. Amacam raya terkejut tahun ni ? gelabah tak ? hahaha apa-apa pun moment tu kita akan ingat sampai bila-bila kan. Entry kali ni aku nak share sikit pengalaman aku interview dengan beberapa buah syarikat penerbangan dan mostly aku LULUS dengan jayanya. Alhamdullilah dengan izin dari-Nya juga aku dapat merasa bekerja dalam bidang ni. Okay pada korang yang nak kerja dalam bidang penerbangan tak kisah lah jawatan apa pun. 1st sekali korang kena tahu apa kekosongan yang ada pada waktu tu. Korang boleh check vacancy yang ada dekat website syarikat penerbangan tu bahagian career. Baca tugas-tugas sesuatu jawatan tu, sesuai dan layak ke tak untuk korang apply. Ada jawatan nak sekurang-kurangnya SPM je, ade yang nak Ijazah sahaja. So kena tengok betul-betul okay. Bila dah ada yang berkenan, boleh direct apply dekat website tu atau selalunya HR akan bagi email address untuk korang hantar resume. Dekat sini prepare resume cun-cun. Jangan lupa tulis Subject dan bu