Tips Temuduga / interview di Syarikat Penerbangan

Hi semua Selamat Hari Raya 2022. Amacam raya terkejut tahun ni ? gelabah tak ? hahaha apa-apa pun moment tu kita akan ingat sampai bila-bila kan. 

Entry kali ni aku nak share sikit pengalaman aku interview dengan beberapa buah syarikat penerbangan dan mostly aku LULUS dengan jayanya. Alhamdullilah dengan izin dari-Nya juga aku dapat merasa bekerja dalam bidang ni.


Okay pada korang yang nak kerja dalam bidang penerbangan tak kisah lah jawatan apa pun. 1st sekali korang kena tahu apa kekosongan yang ada pada waktu tu. Korang boleh check vacancy yang ada dekat website syarikat penerbangan tu bahagian career. Baca tugas-tugas sesuatu jawatan tu, sesuai dan layak ke tak untuk korang apply. Ada jawatan nak sekurang-kurangnya SPM je, ade yang nak Ijazah sahaja. So kena tengok betul-betul okay. 

Bila dah ada yang berkenan, boleh direct apply dekat website tu atau selalunya HR akan bagi email address untuk korang hantar resume. Dekat sini prepare resume cun-cun. Jangan lupa tulis Subject dan buat lah ayat sikit dekat email tu mengatakan korang nak apply jawatan tu, jangan kau attach resume dengan email kosong je. Aku ketuk kejap lagi . hahaha

On now assume yang HR dah call kau arranged untuk interview. Be prepared ! fotostat resume, sijil-sijil berkaitan dan gambar passport. Study latar belakang company, siapa CEO, apa isu yang terbaru pasal company tu dan lain-lain yang berkaitan.


Tak lupa juga pakaian semasa interview. Airlines ni dia macam corporate sikit so memang kena office attire with tie(untuk lelaki). Jangan semi casual ke apa yer masa interview ! Full dress formal attire tau. Rambut pun kena kemas. Dekat sini panel interview akan nampak kau ni sophisticated, kemas dan sesuai dengan airlines culture. mcm tu lah ...


First job dulu aku dengan fireflyz airline. Panel ade 2 orang dan calon ade 2 orang. Aku interview untuk jawatan customer service. Soalan yang panel tanya aku masa tu, tell me about yourself je. Jangan ingat benda ni simple yer. kat sini kau memang kena tunjukkan skill kau. Since aku apply untuk jawatan yang memerlukan bercakap dengan customer. English kau kena fluent, body language, calm & professional so dekat sini kau akan dapat plus point.( yang ni aku nak ingatkan, PRACTICE PRACTICE DAN PRACTISE ) After 4 hari aku dapat call yang aku terpilih untuk jawatan Ticketing officer based dekat subang airport. alhamdullilah...


Okay pengalaman dengan malaysia airlines pulak. Ade 3 orang panel kami 6 orang calon dalam bilik masa tu. Sorang-sorang akan kenalkan diri masing-masing. Yes aku apply benda yang sama juga masa interview firefly dulu. Tips bila kau interview by grouping macam ni. Bila sampai turn kau, kau jangan buat keras sombong yer. Kau greet semua orang kat situ.

Cuba create suasana yang happy, so dari sini panel akan nampak kau ni boleh bekerja dalam pasukan, pandai approach. Psssst, aku pun bukan peramah sangat nak tegur orang. Tapi apa salahnya fake sekejap dalam bilik tu hehe. And again aku dapat jugak bekerja dengan MAS untuk jawatan Customer service/call centre.

So basically ni yang aku apply dekat semua tempat aku interview so far semua positive feedback. Aku nak share sekali benefit sepanjang aku kerja okay ?

Keje airlines ni best korang. Serious ! Macam aku yang suka dengan kapal terbang ni, dapat tengok kapal terbang hari-hari hehe. Medical benefit sama mcm company lain. Yang special kalau nak travel, staff dapat discount sampai 90% . Pengalaman aku travel pakai staff ticket MAS pegi kota kinabalu masa tu. Pergi balik RM78 sahaja, murah kan. Tapi sekarang aku tak tahu lah sebab aku dah tak keje kat situ.

Ada some airlines company bagi staff discount jugak pada kawan-kawan dan keluarga. Depends pada airline lah, tak semua. Kalau kau pergi airport kau singgah mcd atau kedai-kedai terpilih kan, kau dapat 10% discount untuk airport staff.(Tak tahu sekarang ada lagi ke tak) 

Cuma kerja airlines ni bukan mudah dan nampak glamour semata-mata. Stress jugak yer sebab when its deal with operation everything must be on track. Kalau boleh taknak human error. Semua tempat kerja ada pro and cons tapi so far aku dah keje 3 airlines, semua company best !


Aku rasa sampai sini je lah untuk aku kongsi kan. Sehingga kita berjumpa lagi .


Comments

Popular posts from this blog

Kerja Shift VS Office Hours

Kisah ku bergelar PRAMUGARA

Welcome ladies & Gentlemen We are Ready For Take Off