Dilema Dalam Memilih 2 Pekerjaan Dalam Satu Masa

 As-salamu alaykum . . .


Hi all. How are you? I hope everyone is good. Harini aku nak share sikit pasal permasalahan bukan aku je yang pernah hadapi dilema ni tapi aku percaya korang jugak pernah pecah kepala nak decide mana satu nak pilih kan?

Since March 2020 lepas Covid-19 mengganas habis satu dunia boleh dikatakan collapsed termasuk lah kita dekat malaysia ni. Ramai orang kena buang kerja, ada yang masih bekerja tapi gaji pulak dibayar separuh je. Allahu, semua orang terkesan. Aku doakan korang semua diberikan kekuatan dan kecekalan dalam meneruskan hidup.

Back to my story, July 2020 lagi aku baru start mencari pekerjaan, yerlah umur aku pun dah banyak hahaha nanti kalau dah berumur sangat lagi susah nak cari kerja sebab tak menepati requirement. Nak dijadikan cerita, Allah bagi aku rezeki dengan dapat 2 job offer serentak dan kebetulan jugak reporting hari yang sama. Puas dah aku fikir pro and cons, kebaikan dan keburukan dan macam-macam lagi lah. Tak tinggal jugak selalu berdoa Allah bagi aku petunjuk untuk memilih.

Korang pernah dengar tak orang kata " tiada kerja yang sempurna ". Ok contoh aku boleh bagi, Kalau keje best + kawan best = mesti gaji sikit. kalau gaji banyak pulak + bos garang = mungkin tempat kerja jauh atau keje kau stress. Macam tu lah nak andaikan. Faham tak ? so far aku dah ada pengalaman kerja 6 tahun dalam syarikat besar mahupun kecil. Aku setuju dengan benda ni.  

Kalau korang dapat dua job offer dalam satu masa, apa faktor yang korang consider sebelum memilih pekerjaan tersebut ? 

okay ini hanya pendapat aku dan mungkin berbeza dengan individu yang lain.

  • Syarikat yang kukuh. 
Ini bagi memastikan kita dapat secure kerja kita dalam beberapa tahun yang akan datang. Yerla takut-takut, lepas kau masuk kerja dan seminggu lepas tu syarikat kau bungkus . adooi !
  • Job Scope
Mesti tahu apa yang kau bakal buat dekat syarikat tu nanti. Study or tanya HR job scope kau bagi memudahkan kau buat persediaan fizikal dan mental bila kau terima task pertama dari bos kau nanti. Ingat, first impression tu penting yer ! Terima kerja yang kau rasa kau boleh buat dan bukan terpaksa. Nanti kau pergi kerja rasa terpaksa pulak.
  • Gaji
Kalau boleh kita tak nak turun gaji kita dari gaji sedia ada kan. Kalau boleh nak tukar kerja tu make sure gaji naik 30% dari gaji sekarang. Baru berbaloi dengan pengalaman dan ilmu yang kita ada. Nak pergi kerja pun pakai duit, minyak kete/motor, parking, makan. phewww kena kira semua tu.

  • Lokasi
Ni pun penting, tengok jarak rumah ke office jauh mana. office tu senang access dengan public transport ke tak? Parking kat mana ? Bukan apa kalau office jauh dari rumah, kau sanggup ke habiskan masa 4 jam atas jalan raya pergi balik kerja. Penat mental & fizikal nanti. lama-lama boleh demotivated (pengalaman sendiri)

  • Career development
Senang cakap lagi 4 tahun kau kat situ, rasa-rasa boleh naik pangkat tak? Ada sesetengah syarikat yang aku perasan staff dia dah keje 7 tahun tapi masih jawatan admin assistant. Itu culture company yang tak baik bagi aku. Kau tak boleh nak growth, end up after berhempas pulas 7 tahun kau give up and cari kerja lain. Setuju ?

  • Benefit
Ni jugak penting, tanya HR apa benefit kerja kat situ, macam medical & hospitalization, cuti apa yang ada dan lain-lain. Jangan dah terima kerja tu tiba-tiba company tu takde potongan EPF.

So kesimpulannya kat sini aku boleh cakap, tepuk dada tanya selera. Kita sendiri tahu apa hala tuju kita dalam career. Buat list pro dan cons baru kau boleh nampak syarikat mana yang lebih memenuhi kehendak career kau. Ada orang tak kesah kerja jauh sikit tapi gaji banyak. Ada orang pulak gaji rendah, tak sanggup hadap jem janji office dekat. 

Apa pun keputusan yang kita buat adalah pilihan kita. Jangan menyesal di atas apa yang berlaku. Percayalah pada aturan Sang pencipta. Dia lebih mengetahui segalanya.

Semoga kita berjumpa lagi.....




Comments

Popular posts from this blog

Kerja Shift VS Office Hours

Kisah ku bergelar PRAMUGARA

Welcome ladies & Gentlemen We are Ready For Take Off