Maaf penerbangan anda dibatalkan !

"Maaf penerbangan anda dibatalkan. Kami akan update dalam waktu terdekat. Kami memohon maaf dari pihak syarikat". Tanggal 12 Oktober 2023 yang menjadi trauma buat penumpang, pekerja syarikat, pihak berkuasa dan banyak lagi. 

Bermulalah episod lebih seribu pekerja menganggur dan perlu kembali mencari kerja. Masih berkerja atau sudah diberhentikan, kami pun tak pasti. Setiap hari berteka teki. Setiap hari mendambakan berita gembira dan terus menunggu sehingga ke hari ini. 

Ini lah apa yang aku dan rakan-rakan seangkatan alami ketika ini. Semua terduduk, kami ingatkan zaman covid sudah berakhir maka industri ini kembali kuat semula, selamat dan stabil untuk mencari rezeki. Telahan aku meleset dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini. Sesungguhnya Allah sebaik perancang, DIA lebih mengetahui apa yang terbaik.

Minggu awal selepas kejadian aku masih husnuzon mungkin ada sinar untuk kami. Masuk minggu kedua dan seterusnya, mental aku down. Aku serabut memikirkan apa yang akan terjadi pada masa depan aku, mana hala tuju aku lepas ni, mana kawan dan boss yang aku dah selesa bekerja akan pergi, adakah kita dapat kerja bersama kembali.

Setiap pagi aku luangkan masa untuk apply kerja di platform carian kerja. Dalam sehari mungkin 50 jawatan dan syarikat yang aku cuba. Mungkin ada rezeki walaupun dalam bidang lain, pada waktu genting sebegini keselesaan bukan yang utama. Wang dan kelangsungan hidup lagi penting. Ada anak yang hendak diberi makan, ada isteri yang hendak di beri nafkah, ibuayah yang ingin perhatian, kereta rumah, bill.

Allahuakbar ! Dari hari ke hari aku cuba kuatkan diri, pujuk diri untuk terus kuat terus bangkit, bukan untuk diri sendiri tapi untuk keluarga dan orang sekeliling. Disebabkan jarang meluahkan dengan siapa-siapa terkadang aku menangis sendiri bercakap-cakap dengan yang ESA. Memanggil, mengadu dan merintih. Seperti anak mengadu pada ibunya. Meluahkan segala-galanya. Puas memang puas meluahkan dengan-NYA. Aku bertindak untuk menjauhi social media seketika bagi mengubati jiwa dan raga sebelum kembali bangkit untuk yang keberapa kali. Aku penat ya Allah ! 

Syukur Alhamdullilah kerana masih ada keluarga mama abah dan adik beradik yang sentiasa menyokong dikala diri ini tersadung di tengah perjalanan yang panjang dan kelam tanpa sebarang cahaya. Bagaimana dengan mereka yang bersorangan ke bandar mencari rezeki buat keluarga di kampung? Tak banyak yang aku dapat tolong, aku doakan kuat semangat dan terus bangkit. Jangan berlengah !

Sebagai seorang yang dekat dengan pengurusan ramai juga rakan-rakan dari jabatan lain yang bertanyakan update dari management kerana dalam lubuk hari mereka ada pengharapan yang sangat dalam bagi terus mencari rezeki di sini. Maaf aku tidak dapat berkata apa-apa. Teruskan mencari kerja. Inshallah rezeki Allah sangat luas.

Tapi Allah sentiasa ada untuk kita. Ada hikmah yang aku nampak dalam apa yang terjadi. Tuhan nak kita kembali pada-NYA. Kita tentu dah jauh dari Dia. Jom muhasabah di ! Aku ada scroll TT, ada seorang infuencer ni bagitahu, dia risau sangat kalau dalam hidup dia tiada dugaan yang Allah bagi sebab dia takut Allah berpaling dari dia. Allah bagi dugaan sebab dia sayang. Ingat tu sampai bila-bila. Sebab apa ? Sebab dunia ini memang tempat ujian. 

Aku percaya itu dan aku reda dengan apa yang terjadi. 





Comments

Popular posts from this blog

Kerja Shift VS Office Hours

Kisah ku bergelar PRAMUGARA

Welcome ladies & Gentlemen We are Ready For Take Off