INROVERT BEKERJA SEBAGAI CUSTOMER SERVICE
Hi Semua Asalamualaikum. Kali ni aku nak bercakap berkaitan bidang customer service especially untuk geng introvert macam aku ni. Lately kalau korang perasan memang banyak jawatan kosong untuk jawatan customer service kan. Nak dengan tak nak je, sanggup dengan tak je nak melayan customer punya karenah tu.
Aku pernah bekerja dalam dunia customer service ni plus minus 2 tahun jugak lah. Aku bekerja dekat syarikat penerbangan. (Aku ade cerita dalam entry aku yang dulu) Persoalannya boleh ke orang introvert survive dalam bidang ni dan jadikan sebagai kerjaya ???
Jawapannya ialah BOLEH ! Aku yakin dan pasti jenis personality introvert ni bukan jenis banyak bercakap dengan stranger tapi kelebihan untuk kita adalah menjadi pendengar yang setia. Customer ni kalau dia berurusan dengan kita bukan nak apa sangat, mereka lebih kepada nak meluahkan ketidakpuashatian dengan service dan nak kita tolong selesaikan masalah dia. Tu je konsep customer service ni. Bantu dorang untuk selesaikan masalah dan membantu mereka untuk dapatkan pengalaman yang best sepanjang menggunakan service kita.
To be honest, susah jugak pada mulanya untuk aku adapt kerja ni. Tapi aku ade satu sifat yang suka membantu orang dan cuba memudahkan urusan orang lain, so aku jadi enjoy bekerja. Bad side nya energy aku sangat drain dan bila habis kerja je memang aku nak balik dan berehat je. Alah bisa tegal biasa kata orang, lama-lama kau akan biasa dan jadikan sebagai rutin je benda ni.
Kerja bidang ni menjanjikan gaji yang lumanyan. Untuk rate sekarang average 2.3k ke atas memang dalam tangan lah. Tapi kena ingat kadang-kadang ada company yang shift bukan office hours. Dekat situ jugak ade pro & cons dia. Korang boleh tengok entry aku yang dulu,aku ade cerita.
Nasihat aku, dalam bidang ni hati mesti mau kental, mental kena kuat. Bila kita deal dengan manusia ni ada macam-macam perangai. Ada yang baik tu tersangatlah baik sebab dia akan layan kita macam kawan. Yang mulut puaka ni yang kau kena pakai skill kau untuk deal dengan dia. Tapi jangan risau once kau dah biasa nanti, datanglah orang nak maki macam mana pun kau dah lali sebab kena ingat sebenarnya customer bukan marah kita tapi dia sebenarnya marah dekat syarikat.
Back to introvert things, yes aku tahu kerja ni memenatkan untuk kita. Tapi peluang kerjaya dalam bidang ni juga luas. Kau kerja dulu ambil pengalaman lepastu kalau kau perform boleh naik pangkat sebagai team leader, supervisor, quality assurance yang membolehkan kau untuk tidak bercakap direct dengan customer dah masa tu. Kau jaga anak-anak buah kau je. Cuma untuk ketahap itu kau perlu memalui beberapa fasa lah. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Aku rasa sampai sini saja entry aku kali ini. Aku doakan kita semua dapat apa yang kita hajati dalam dunia persinggahan ni. Kuat dan terus cekal yer kawan-kawan.
Comments
Post a Comment