TIPS KURUS SAMPAI AKU HILANG 10KG !

Hi Assalamualikum semua, new entry kali ini aku nak cerita dan berkongsi cara aku turunkan berat badan aku sebanyak 10kg pada tahun 2019. Yerrr 10kg tak tipu tau. Dengan cara yang mudah, tak stress and enjoy the process inshallah kita semua pun boleh.

Gambar kanan selepas dah turun 10kg

To be honest berat badan aku dah sampai kategori Obese tahap 2 tau, memang nampak tak gemuk sangat tapi percayalah berat aku pernah sampai 100kg ++ Yang membuatkan aku nak turunkan berat tu bila one day masa aku kat office time lepak dengan kawan-kawan then kitorang tangkap gambar ramai-ramai tau, so bila tengok balik gambar tu Ya Allah ! aku yang paling beso, dah lah beso nampak tua pulak tu. adehhh ... Hilang kenyakinan diri terus. Then dalam masa yang sama aku diagnose darah tinggi diusia 26 tahun dan doctor jugak yang advice untuk turunkan berat badan, nak solat pun susah. Ok inilah kisah ringkas aku yang membuatkan aku nak turunkan berat badan. Nak tahu aku buat Macam mana ? Ok Jum.

Cara aku turunkan berat badan simple je. Yang ni selalu dengar coach fitness kata kalau nak kurus 80% permakanan 20% senaman. Memang betul tau korang !

1) Permakanan (80%)
 Apa yang aku amalkan adalah eat clean & kalori defisit (boleh download apps "myfitness pall" untuk track korang punya kalori intake . Eat clean bermaksud makanan yang kurang garam, gula, dan minyak. You all boleh je google menu-menu eat clean, banyak menu yang simple murah dan sedap. 
Tapi nak tegaskan dekat sini, jangan sesekali skip sarapan ! 

  • SARAPAN : Nasi lemak (nasi separuh)sambal sikit je + air masak. Inshallah kenyang sampai lunch. 
  • LUNCH : Ayam grill, spaghetti aglio olio dan salmon grill untuk makan lunch and again air masak. (Kadang2 makan jugak nasi ayam hehe tapi jangan lah selalu)
  • Dinner : Roti wholemeal atau epal,pisang atau oats drink (sebelum pukul 9malam)

(Peringatan untuk minum air masak yang mencukupi minimum 8 gelas hingga 2 liter.) *ikut berat


2) Senaman (20%)
Since aku ni bekas penari masa zaman study dulu so aku buat benda yang aku suka lah which is aku ber "zumba" seminggu 3 kali. After balik kerja pukul 8 malam aku join zumba dekat one of gym dekat area rumah aku ni dari pukul 8-9 malam. Satu jam yang sangat puas bagi aku sebab tanpa henti so kau akan berpeluh kaw kaw punya.

Selain tu aku pun berjalan dekat taman selama satu jam setiap sabtu dan ahad. Orang yang obesiti tak digalakkan untuk terus jogging atau berlari kerana akan menyebabkan cedera pada lutut atau kaki ya. Mulakan dengan berjalan dulu. 

Ok seterusnya korang mesti tanya berapa lama tempoh aku dapat kurangkan 10kg tu. Jawapannya adalah bukan sekejap, kita nak gemuk makan tahun dan mustahil kita diet bulan ni, bulan depan dah kurus. Salah mindset tu. Aku pun ambil masa 10 bulan. Memang betul ! agak lama tapi result dia kau sendiri yang akan rasa happy dan puas apatah lagi bangga dengan diri sendiri. Jangan putus asa tau. Jauh lagi perjalanan aku nak dapatkan berat ideal. Now since aku tak jaga makan, berat aku naik dan turun. Aku masih cuba dan terus mencuba, tapi kadang-kadang kalau terkeluar track tu biasalah tapi jangan lama sangat yer. Cepat-cepat cari kekuatan dan motivasi untuk kembali ke pangkal jalan haha

So kesimpulan di sini:
  • Diet tak boleh stress. Bila stress kita mesti rasa nak makan kan ? aku pun mcm ni. Sebab tu aku zumba tiap-tiap malam. hehe
  • Air masak kena cukup.
  • Masak makanan diet tu untuk 3-4 hari terus lepas tu frozen kan. Nak makan baru panaskan. Boleh tengok dekat youtube resipi "meal prep untuk diet"
  • Kena ada BIG WHY. Kena jelas, kenapa korang nak turunkan berat. Bila dah  tahu, tulis dan tampal dalam bilik so hari-hari boleh tengok sebagai inspirasi.
  • Timbang seminggu sekali (Hari Ahad) lepastu catat dalam phone atau buku untuk kita tengok berat kita makin naik atau makin turun.
  • Mental kena kuat bila orang sekeliling cakap 'diet dah 2 bulan tapi tak nampak kurus pun' atau 'Alaa harini je makan esok kau diet lah balik'. Benda ni normal, cuba jauhkan dengan orang-orang yang demotivated ni buat sementara waktu sebab kita sedang dalam mood berperang dengan diri sendiri. 
  • Aku tak sarankan untuk ambil mana-mana ubat atau supplement kurus ye. Kita boleh kurus tanpa ubat dengan amalkan pemakanan yang sihat :) *habis duit beli ubat kurus. Baik simpan duit untuk beli baju baru bila kita dah kurus nanti.
Inshallah, aku harap entry aku kali ini beri maanfaat buat kita semua dan dapat beri idea atau semangat untuk kita dapatkan berat badan ideal. Mungkin kesan dia berbeza mengikut badan, mungkin cara ni aku berhasil tapi tidak pada korang. But trust me this is the main thing yang korang kena tahu before start diet iaitu "CALORIE DEFICIT" , nanti korang google lah hehe Inshallah. Bila kita mula sekarang raya ni dah boleh pakai baju raya size kecik dari sekarang kan. Jom semua Road to Fit and Healthy ! Semoga berjumpa lagi. Jom komen dekat bawah tanda semangat untuk kita nak kurus !


Comments

Popular posts from this blog

Kerja Shift VS Office Hours

Kisah ku bergelar PRAMUGARA

Welcome ladies & Gentlemen We are Ready For Take Off