KERANA CORONO AKU DAN SEMUA HILANG KERJA

 Assalamualikum wbt. 


Dah lama sangat aku tak menulis coretan di blog ni. Maaf kerana banyak urusan yang nak diselesaikan seiring dengan cabaran tahun 2020 yang sangat tragis dan meninggalkan kesan mendalam kepada kita semua.

Coretan kali ini aku nak cerita pengalaman aku berhadapan dengan dugaan dan cabaran sepanjang 2020 atau lebih tepat lagi sesuatu yang terjadi pada aku sepanjang tahun lepas. Banyak menangis dari ketawa kot aku rasa.


January 2020 :-

Malam tahun baru lagi aku dah plan aktiviti dengan kawan rapat nak check-in hotel kat KL sebab nak tengok view bunga api dari bilik hotel. Alhamdullilah Allah permudahkan, urusan kami semua berjalan dengan lancar. Dalam masa yang sama fikiran aku ligat menyusun idea dan plan aktiviti dan juga azam untuk sepanjang tahun 2020. 

March 2020 :-

Aku dengan geng office buat short trip ke genting highland, kami check-in di Hotel First World . Last minutes book hotel tapi Allah permudahkan jugak dapat upgrade bilik besar sikit so selesalah untuk kami bertiga. Hotel dia tersangat selesa, bersih dan luas, sangat recommended untuk siapa yang nak holiday dekat genting. Macam-macam lah aktiviti kitorang kat atas tu, memang tidur lambat lah kan. Aku tak percaya yang kami ni menari dekat public semata-mata nak buat dance video ( kalau nak tengok boleh tengok dekat instagram aku : fuzzyyy_r . Aduhaii bila ingat balik dok tanya. Apa yang aku buat tuuuu ????? hahaha . Right after kami punya short trip , selang beberapa hari kerajaan buat pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) wowwwww tergempar sungguh masa tu. 

Aku masuk office seperti biasa tapi office memang 10% je staff yang masuk masa tu. Sunyi tapi alhamdullilah ada geng dekat office. Aku teringat akak cleaner tu bahas pasal covid ni. Dia kata nak takut apa kalau dah ajal , mati jugak. Aikkk lain macam akak ni.haha Pukul 8 kedai semua dah tutup aku terkandas dekat rumah sewa (selalunya every weekend aku balik rumah family yang tak jauh mana pun) The struggle is real tho ! 2 minggu pertama, bila kau kena duduk rumah tak boleh keluar dia bermain dengan psikologi. Stress tak payah cakap, homesick. Sebab benda ni mengejut ! 


                                               

Hujung bulan March masa aku WFH dekat rumah sewa. Pagi tu aku received email dari boss. Nak tahu apa isinya ? Pemberitahuan Surat Penamatan Kontrak. Allah je tahu macam mana perasaan aku even aku dah boleh rasa yang perkhidmatan aku bakal ditamatkan sebab nak kurangkan kos operasi disebabkan Airline Business jatuh teruk masa tu. Yer aku menangis ! Aku down sangat, tak dapat balik rumah family, kerja pun dah takde. Housemate dan kawan-kawan office je lah menjadi peneman ketawa. Aku mungkin nampak okay tapi sebenarnya aku tak okay. Lepas sorang-sorang habis contract, sedih memang tak boleh bawa bincang weh. Kadang-kadang macam tak percaya semua ni berlaku. Dulu kita dekat puncak, sekarang kita di bawah berkaki ayam.

April 2020 :-

Aku masih terkandas di rumah sewa. Disebabkan PKP aku tak dapat balik rumah family. Berbekalkan gaji terakhir yang lepas aku gunakan untuk bayar bilik sewa. Aku cari idea macam mana aku nak dapatkan income, takkan nak duduk je walaupun masih PKP kan, perut nak kena alas jugak. Macam-macam aku buat dengan berniaga online, aku belajar masak rendang dan aku jual dekat penduduk sekitar, adik bongsu aku banyak tolong sebab dia pun bekerja dekat kawasan berdekatan Alhamdulilah, takde lah banyak mana untungnya tapi boleh lah nak beli barang dapur. Adik aku lah peneman, tolong cari customer, tolong packing rendang. Allah,syukur dapat adik beradik yang baik mcm ni.hehe Aku berniaga rendang tak lama. Lepastu aku  kerja cashier dekat pasaraya berhampiran tapi tak lama jugak haha 

May 2020 :-

1st time berpuasa tanpa keluarga, pukul 3 petang dah fikir berbuka nak masak apa. Hikmah PKP ni, sepanjang Ramadan 2020 aku masak sendiri tau, hari-hari explore menu baru. Dari tak pandai, sekarang dah jadi master chef hehe. Lepas masak aku post dekat ig. Orang akan komen nampak sedap dan mintak resipi. Itu lah hiburan untuk aku lupakan segala masalah yang ada dalam hati dan fikiran aku. Hosemate aku pun rajin masak so kita ikut turn masak untuk berbuka. Jiran aku merangkap kawan sekerja office dulu, boleh dikatakan tiap minggu hantar lauk, Allahu semoga dia sihat sekeluarga dan dimurahkan rezeki. Masa ni jugak aku berjinak-jinak dengan business MAMASAB cosmetic. Mulanya aku nak tolong kawan aku je jual lipstick Neelofa tu, Alhamdullilah rezeki Allah nak bagi, banyak sambutan dan ramai order. Ulang alik lah aku ke HQ ambik stock lipstick. Kebetulan pula dah hujung ramadan, nak raya masa tu memang kencang lah jualan lipstick. 

Jun 2020 :-

Kes Covid dah turun, PM umum dah boleh rentas daerah, Alhamdullilah. Aku terus packing barang-barang aku dan terus balik rumah family. Kebetulan pulak dah nak raya so sangatlah waktu yang terbaik. Dalam masa sama aku takut sangat nak balik sebenarnya sebab aku risau kalau-kalau aku yang dijangkiti bawa balik ke rumah family. Alhamdullilah aku selamat sampai rumah family.

                                

Ogos 2020 :-

Again the struggle is real. Ramai orang kat luar sana yang kehilangan kerja. Aku dah mula mencari kerja. Aku apply dekat semua platform dan keputusannya hampa. Aku faham, semua orang tengah nak secure kerja tengah musim pendemic ni. Budak habis SPM, fresh graduate, yang kena retrench. Semua mencari kerja. So persaingan sangat lah kuat. Aku apply kerja macam-macam. Baristar, cashier, hotel even cleaner pun aku pernah apply. At this time, aku dah rasa tertekan. Aku jauhkan diri dari social media, left semua group whatapp sebab aku rasa aku nak jauh dari semua orang aku nak bersendirian. Lama jugak aku berdiam. One time tu, aku terdetik Allah bagi ujian sebab dia sayang. Sebab Allah tahu aku mampu. Sebab Allah nak bagi lebih baik. Aku build semangat aku balik, aku dekatkan diri dengan Allah dan bersangka baik dengan Allah. Lepas tu aku sangat tenang sampai sekarang. Rezeki Allah bagi tak putus-putus, rezeki bukan hanya duit semata-mata tapi Allah bagi dari bentuk lain dan aku sangat bersyukur. Allah jentik kita sikit supaya kita ingat kat dia. 

Dec 2020 :-

Aku ada dapat offer kerja tapi aku terpaksa tolak sebab faktor jauh dan gaji. Aku pun ade scale gaji minimum yang aku set sebab aku ada banyak benda nak bayar. hehe bunyik macam memilih kerja tapi aku terpaksa, nak pergi kerja pun pakai duit. Kena fikir, berbaloi ke dengan gaji yang dapat nanti.

kesimpulannya, semua orang tengah struggle sekarang ni. Aku berharap kita semua sabar sebab sabar itu indah, sabar itu untuk orang yang beriman. Allah pasti bagi ganjaran kepada orang yang bersabar. As long kau dapat bangun solat subuh, ada nasi atas pinggan kau bersyukur lah. Aku tahu cakap memang senang tapi aku pun dah merasa semua tu. In fact sekarang pun aku belum kerja lagi. it almost a year. Aku percaya perancangan Allah. Teruskan usaha ! 

Saving ! lepas apa yang terjadi, simpanan kita sangat berguna untuk cover kita dalam situasi tak terduga macam ni. So start lah menyimpan duit kecemasan. Kita tak tahu apa yang akan jadi ke hadapan.

Terima Kasih kerana ambil masa dan sudi baca blog aku ni. kalau boleh komen lah sikit, boleh kita kenal-kenal eratkan ukhwah. Kalau korang ada blog dan nak aku visit, boleh drop dekat comment dekat bawah okay.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Shift VS Office Hours

Kisah ku bergelar PRAMUGARA

Welcome ladies & Gentlemen We are Ready For Take Off