LIFE IS JOURNEY FROM ALLAH TO ALLAH
As-salamu alaykum . . .
Pujian bagi Allah tuhan yang mentadbir sekalian alam dengan izinnya aku dapat menulis lagi di blog yang tak seberapa ni. Junjungan kepada nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Aku bukan nak tarbiah sesiapa atau nak acah-acah baik kat sini cuma aku nak share apa yang aku rasa. No right no wrong. Its up to you then. Btw thank you tau sebab sudi luangkan masa baca entry kita kali ni. Feel free to drop your comment okay :)
Alhamdullilah okay harini aku nak bercakap mengenai tajuk yang aku rasa menarik untuk dibualkan. Hidup ini adalah perjalanan iaitu dari Allah dan kepada Allah. Apa pendapat korang ?
Kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan di dunia ini sebagai muslim. Allah pilih kita bukan saja- saja. Memang Allah nak pilih. Allahu... Kiranya kita ni antara makhluk yang bertuah lah yer ? Lahir-lahir dah islam so dah half way to jannah dengan teruskan belajar mengenali dan terus istiqomah di jalan Allah. Allahuakbar ! Compare kan dengan orang yang bukan islam, mereka mungkin tak tahu pun islam tu apa. So bersyukur dan terus jaga Islam yer kawan-kawan.
Allah adalah sebaik-baik pencipta. Aku percaya Allah juga yang merencana perjalanan hidup kita. Dari kita hidup sampai ke akhir hayat kita. Kadang-kadang aku pernah terfikir, apa tujuan hidup aku ni .. Nak jadi apa? Kerja apa? Nak kawin bila? Gaji nak banyak mana? Kenapa aku tak jadi macam dia? kenapa dia dapat lebih dari aku? kenapa aku dapat penyakit? Tapi jangan pernah berheti mengucapkan Alhamdullilah syukur kehadrat Allah. Setiap yang berlaku ada hikmah. I might be sound cliche by saying this but its true thoo. Kalau kita ditimpa sakit Allah bagi ujian lah tu. Cakap lah Alamdullilah. Allah tahu kau sakit,Allah tahu kau sedih Allah tahu kau susah. Tapi kau tak tahu apa yang Allah dah plan untuk kau dihadapan. Be positive !
Pernah tak boyfriend/girlfriend kita bagi something macam hadiah birthday ke, parents korang bagi duit belanja ke, korang appreciate tak? Mesti appreciate kan? In future kita mesti nak tolong dorang balik or balas balik. Pernah terfikir, kita ade tak hargai Allah? Dia yang dah banyak bagi kita macam-macam since nadi kita berdenyut dalam perut mak kita lagi. Allahu. Kenapa dekat orang yang kita sayang kita boleh appreciate tapi bukan pencipta kita?
Solat itu utama yang ditanya dalam kubur nanti bila kita dah ditanam esok. Memang susah wei nak solat aku tahu, aku pun macam korang jugak.Tapi ade initiative ke tak kita untuk nak cuba solat? Cuba dulu tak penuh 5 waktu try buat 1 waktu, lama-lama upgrade sikit-sikit okay. Bila kita dah dapat rentak,for sure senang dah lepas tu. Pemilihan kawan pun penting jugak geng heheh bukan tak bagi kawan yang bukan-bukan tapi kena tahu batas dan apa baik dan buruk. Come on kita dah besar kan tahu baik buruk :) Pernah dengar ustaz kata, apa-apa pun cuba solat 5 waktu dan istiqomah, inshallah semua perkara akan dipermudahkan. Ammin. Nak perubahan jum cuba penuhkan solat nak? Kalau tengok video orang yang baru masuk islam kan mesti dia kata jiwa tenang kan.
Korang rasa dunia atau akhirat yang penting? Wasatiyyah maksudnya seimbang. Balance lah dunia akhirat. Tak salah kau nak kejar duit sebab yang senang nanti kau dan keluarga kau jugak. Kerja juga ibadah. Tapi Akhirat jangan lupa wei. Tak lupa dengan solat,sedekah,tinggalkan perkara mazmumah,berbakti dengan ibu bapa dan banyak lagi boleh buat. Allah yang bagi kau rezeki bukan bos kau, bukan company yang kau kerja tu. Ingat yer. Jangan sombong dengan Allah.
“Dari Anas ra, bahwasannya Rasulullah Saw. telah bersabda, “Bukanlah yang terbaik diantara kamu orang yang meninggalkan urusan dunianya kerana (mengejar) urusan akhiratnya, dan bukan pula (orang yang terbaik) orang yang meninggalkan akhiratnya karena mengejar urusan dunianya, sehingga ia memperoleh kedua-duanya, karena dunia itu adalah (perantara) yang menyampaikan ke akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban orang lain.”
Dunia adalah pengantara ke akhirat. Kita kat dunia ni, seboleh-bolehnya cari bekalan untuk di akhirat nanti. Bagi aku itulah tujuan kita hidup. Kenapa nak buat jahat sedangkan kau ade pilih untuk buat baik? hmm u got me ? kbai.
Comments
Post a Comment