BACK PAIN ! SAKIT BELAKANG !

As salamu alaykum

subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar
Syukur ke hadrat ilahi dengan izin-Nya aku diberi kesempatan lagi untuk menulis di sini.

Back to my story. Last few days i felt that pain dekat belakang pinggang. So i just makan panadol untuk hilangkan sakit so i thought akan hilang dalam beberapa hari since hari before tu memang aku ade angkat benda berat. Nak dijadikan cerita pagi ni aku tergerak hati nak check dekat hospital if in case sakit kronik after about seminggu menahan sakit. Doctor suruh x-tray.

The result is doctor diagnose aku kena SPONDYLOLISTHESIS. So sekarang aku nak bagitahu apa maksud terma ni sebenarnya. Spondylolysis yang membawa maksud satu keretakan akibat tekanan atau impak akibat perlanggaran dalam salah satu tulang(vertebra)yang membentuk tulang belakang. Jadi penyakit aku ni pulak Spondylolisthesis bermaksud Jika retakan melemahkan tulang terlalu banyak,vertebra boleh beralih daripada tempatnya(ambil dari google)

Image result for spondylolisthesis

Nauzubillah. Aku tergamam bila doktor kata sakit ni tak boleh rawat cuma dorang boleh bagi painkiller je. Makin umur meningkat makin effect tulang tu. Allahuakbar aku pasrah dan syukur ujian yang kau berikan.

Aku seorang yang positif tapi aku tewas, aku tak tahan sebak dalam kereta jugak aku menangis. Allahu. Besar dugaanMu. Kuatkan semangat kami Ya Allah untuk melawan kesakitan. Dan aku juga bersyukur sebab bukan SLIP DISK.Penyakit SD lagi teruk sebab dia effect saraf. Aku ade beberapa kawan yang terkena SD ni, Subhanallah kesian bila dengar dorang cerita. Sama macam aku jugak penyakit ni kekal sampai bila-bila. Tapi aku tak risau sebab penyakit ni tak affect rutin seharian pun cuma sakit bahagian yang terkena tu je. Alhamdullilah masih lagi boleh mengharungi hari-hari seperti biasa. Cuma tak boleh buat aktiviti lasak dan angkat beban yang terlalu berat :)

 Jum kita share ilmu lagi. Punca penyakit ni Genetik keturunan dimana memang dari kecil dilahirkan dengan tulang belakang kurus atau Overuse bermaksud terlalu aktif dan memberi tekanan kepada tulang belakang.

Simptom nya pulak apa yang terjadi dekat aku, sakit belakang pinggang sebelah bawah macam rasa lenguh-lenguh dan lagi sakit bila berdiri lama atau banyak berjalan.

Untuk Rawatan, Berehat dari melakukan aktiviti fizikal, ambil ubat yang diberikan doktor mampu mengurangkan sakit dan gunakan back brace. Bila sakit berkurangan lakukan aktiviti atau senaman dibahagian belakang (rujuk pakar dahulu) untuk membantu elakkan sakit pada masa akan datang. Last choice adalah pembedahan jika ia semakin teruk dan nonsurgical treatment tak memberi kelegaan.

Pencegahan, hadkan penglibatan dalam sukan, pastikan otot abdominal dan belakang sentiasa kuat. Gunakan alat yang sesuai semasa sukan, warm up sebelum bersukan,belajar teknik yang betul dalam sukan dan jumpa dokto jika masalah jadi serious.

Before ni aku dengar je kawan-kawan kena back pain mostly cabin crew sebab dorang selalu angkat benda berat, luggage penumpang lah, nak tutup pintu kapal yang berat tu pun ade cara, kalau salah caranya memang kena back pain jugak. Masa keje MAS dulu ade attend training untuk ergonomic di mana dia ajar cara angkat barang dengan posture yang betul, duduk dengan betul. 

Image result for ergonomic

Allah maha besar dia yang mentadbir alam. Kun fa kun, apa yang Dia berkehendak maka jadi lah. Aku dah boleh terima kenyataan, inshallah sesiapa ada penyakit back pain tak kira lah apa jenis sakit sekalipun, aku percaya Allah sayang Allah nak tingkatkan iman dalam diri kita. Semoga kita semua tabah dan sabar mengharungi ujian dari Nya. Aku selalu cakap pada diri sendiri, tak mengapa Allah tahu kita sakit, Allah tahu kita susah. Bersangka Baik dengan Allah. Apa-apa pun kalau sakit jangan lambat pergi hospital ya. Consult dengan doktor. Jangan buat keputusan sendiri, jangan makan ubat sesuka hati. Prevention is better than cure. kbai
Image result for ergonomic

Comments

  1. assalam..blh tau spondylolisthesis tuan grade brp..ape rawatan yg tuan buat? dh recover sepenuhnya ke? sy baru dpt tau sy ade spondylolisthesis grade 1..tgh mencari rawatan yg sesuai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spondylolithesis nie xada cara selain dr pergi fisio kuatkan otot perut dan sllu streching,search je kt u tube,insyaAllah bnyak,klau nk operate,90% peluang smbuh cerah,kna beza,spondylolisthes bkn slip disc..tulang dah lari,bukan disc..

      Delete
    2. Saya tak pasti grade berapa. Rasanya minor sbb doc tak suruh pegi buat fisioterapi pun. Tapi sekarang dah berkurang sebab byk jaga pergerakan. Minum susu dan bersenam.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Shift VS Office Hours

Kisah ku bergelar PRAMUGARA

Welcome ladies & Gentlemen We are Ready For Take Off